Monday, February 2, 2009

5 perkara MESTI sebelum berumahtangga

1. Saya mestilah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah iaitu untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan yang soleh serta menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah agar hidayah Islam terus terlaksana secara berterusan.


2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan serta bertaqwa kepada Allah.

3. Saya mestilah bakal pasangan yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan.


4. Saya mestilah memilih pasangan yang baik akhlaq dan pegangan agamanya walaupun dia mungkin kurang harta kekayaan atau kecantikan.



5. Saya mestilah berhati-hati supaya pelaksaan perkahwinan tidak menyalahi perintah Allah kerana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kedudukannya sahaja, Allah tidak akan menambahkan apa-apa kepadanya melainkan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya (dari perkara yang haram) atau kerana menghubungkan siaturrahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya."


Utamakanlah aspek agama dalam pemilihan pasangan mendahului harta, keturunan atau kecantikan.

No comments: